HATI APABILA TIDAK MAHU KEPADA HIKMAH DAN ILMU DALAM TIGA HARI MAKA MATILAH HATI ITU

Thursday, October 21, 2010

Kita Masih Beruntung

Tujuan saya menulis tajuk ini kerana terdetik di hati saya mengatakan bahawa saya begitu bertuah tinggal di nagara Malaysia. Saya sering mendengar komen dan pendapat kawan kawan saya mengenai Negara Malaysia, Mereka mengatakan Malaysia ini sekular, pendidikannya sekular dan undang undangnya pun lebih kepada undang undang sivil. Saya tidak membantah pendapat mereka kerana saya suka mendengar mereka mengeluarkan hujah yang kadang kala memberi kesan kepada kita yang mendengarnya. Tetapi di sebalik kata kata mereka itu, apakah mereka tahu mengenai sejarah sekular? Di mana ia bermula? Siapa yang memulakannnya dan sebagainya. Kalau kita imbas kembali sejarah sekular, bagi saya ia bermula di Turki dan yang mensekularkan negara tersebut ialah Mustafa Kamal Attartuk. Syaitan ini telah menjatuhkan kerajaan Islam Utmaniyyah di Turki di mana segala syariat Islam tidak boleh lagi diamalkan hatta azan sekalipun ditukarkan ke dalam bahasa turki.  
Kita juga mengetahui bagaimana Mustafa kamal Attartuk telah menjadikan masjid masjid sebagai muzium dan juga telah memansuhkan sistem dan hukum Islam daripada perundangan negara Turki serta menjadikan undang undang barat yang tertinggi di Turki pada waktu itu. 
Syaitan ini juga telah melarang orang ramai daripada pergi ke masjid untuk berjemaah. Syaitan ini juga telah menggalakkan orang ramai minum arak secara terbuka dan menggalakkan percampuran di antara lelaki dan perempuan.

Syaitan ini menghapuskan sistem wakaf serta membiarkan anak anak yatim dan fakir miskin merempat di sana sini. Malahan perkahwinan berdaftar secara Islam juga ditukarkan kepada perkahwinan secara barat. Syaitan ini  telah menghapuskan penggunaan sistem kalender Islam serta menghapuskan institusi agama di Turki. Saya memberikan gambaran ini kerana Malaysia negara tercinta kita ini masih lagi terkawal dan  terjaga.

Mustafa Kemal Ataturk Kita masih lagi beruntung di negara kita ini. Saya masih terfikir fikir kenapa kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Bukanlah saya menggalakkan sistem sekular tetapi saya sering kali mendengar pandangan kita terutamanya mengenai sekular ini yang dilemparkan kepada kerajaan Malaysia. Yang mana seolah olah langsung tiada kebaikan yang kerajaan kita lakukan. Okla,saya tahu saya tidak dapat mengubah mentaliti kalian semua tetapi pernahkah kita terfikir bahawa kita ini masih lagi beruntung jika dibandingkan dengan negara negara Islam yang lain. Di Malaysia, kita boleh mengerjakan solat berjemaah dan melakukan aktiviti keagamaan di masjid dan menghadiri forum forum berbentuk keagamaan. Bayangkan bagaimana jika kita hidup di zaman kamal attartuk itu, sudah tentu kita tidak dapat merasai semua ini.

Kita masih lagi beruntung kerana di Malaysia kita mempunyai badan badan keagamaan seperti Yadim, Majlis Ugama, Jabatan Agama, dan Mufti yang dilantik bagi memantau perkembangan agama Islam di Malaysia. Kalau kita hidup di negara lain ataupun di Turki yang telah disekularkan oleh Kamal Attartuk itu, kita tidak akan merasai semua ini. Saya sebagai Rakyat Malaysia sangat bersyukur kerana kita masih lagi boleh melakukan ibadat dan hal hal keagaman dengan baik dan sempurna malahan negara kita juga sedang membangunkan modal insan yang hebat daripada sudut sahsiah dan agamanya. 

Kita masih lagi beruntung kerana kita masih lagi boleh merujuk kepada ulamak dan ustaz dalam sesuatu permasalahan agama yang kita tidak fahami. Kita juga mempunyai sumber rujukan di peringkat kebangsaan iaitu Majlis Fatwa Negara dan Negeri serta golongan agama yang profosional di Malaysia apabila timbul isu isu yang membabitkan sensitiviti agama. Pelajar di peringkat rendah dan menengah juga didedahkan dengan ilmu agama Islam secara teori dan praktikal. Bagi saya, jika kita asyik menghentam dan berkelahi mengenai isu ini, kita sebagai umat Islam dan bangsa melayu tidak akan ke mana mana. 

Mungkin sahabat sahabat merasakan saya lebih kepada kerajaan akan tetapi saya melihat perkara ini daripada sudut pandangan yang berbeza. Yang pertama, kenapa kita asyik menyalahkan Kerajaan tetapi bila kerajaan menganjurkan program keagamaan, kita tidak ikut serta untuk menyokongnya. Tetapi kita sibuk menghentam dan mencari kesalahan yang kita sendiri pun tidak mempunyai jalan penyelesaiannya. Semua yang saya tulis di dalam blog saya ini merupakan luahan dari isi hati saya kerana kita tidak tahu menghargai apa yang kita miliki sekarang.

Kita masih beruntung kerana institusi zakat kita masih lagi bergerak dan memainkan peranan dalam membangunkan ekonomi dan taraf hidup masyararakat kita di Malaysia khususnya. Saya pernah praktikal di Majlis Ugama Dan Adat Resam Melayu Pahang, jadi saya dapati institusi zakat di situ begitu hebat peranannya dalam masyarakat. Jikalau di negara lain, saya rasa kita tidak akan dapat merasai suasana masyarakat Islam itu sendiri di mana kita masih lagi boleh mengeluarkan pendapat, menyertai program agama dan sebagainya. Dan yang paling saya bangga menjadi rakyat Malaysia ialah apabila timbul Isu yang menyentuh sensitiviti agama seperti penggunaan kalimah Allah, kita dapat menagkisnya dengan baik dan dapat menjaga keharmonian kita beragama.



                                                                                                      
Di sini saya nukilkan pantun daripada jiwa saya:
Marilah kita sama sama mensyukuri,
Nikmat yang Allah telah beri,
Hidup ini mesti tahu menghargai,
Agar kita tidak menyesal di kemudian hari..:(

P/S: Teringin melihat hukum hudud dan qisas dilaksanakan di Malaysia..Alangkah bahagianya








No comments:

Post a Comment