"Jangan Malas"..Ini tajuk yang saya ingin kupas pada kali ini..Kita dapati budaya malas ini semakin menular dalam masyarakat kita. Tidak kira sama ada yang tua, muda hatta golongan profesional juga tidak terkecuali dalam masalah ini. Maksud JanGan Malas yang saya ingin tekankan di sini ialah dalam konteks hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Kita sebagai hamba Allah Taala ini seringkali leka dan alpa dengan keperluan dan tanggungjawab yang kita sebagai hamba kepadanya. Kita kadang kadang begitu sibuk dengan urusan harian kita sehingga kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada Allah Taala. Sebagai Contoh dalam kita melakukan solat fardhu, adakah kita lakukannya dengan khusyuk, tidak ingat selain dari Allah dan kita lakukannya dengan sempurna dari segi rukun dan syarat sahnya dari sudut fiqh ibadatnya.
Saya kadangkala terfikir adakah kita sedar atau tidak bahawa Solatlah perkara pertama yang Allah akan tanya di akhirat kelak. Jadi kita sepatutnya rajin rajin,bukan malas malas dalam solat..Mungkin kita sedar tapi kita kita terlalu ikutkan nafsu kita..Sebab rohani kita, iman kita, tidak kuat.. Bagaimana kita mahu menjadi pejuang Ilahi dalam menegakkan agama allah jika kita terus masih lagi mempunyai sifat malas yang sebegini.
Jangan Malas dalam kita mengerjakan suruhan Allah Taala dan meninggalkan larangannya.Kita lihat kehidupan kita hari ke hari semakin jauh dari penghayatan dalam beragama. Bagi yang bekerja, kadang kadang waktu yang ada begitu sibuk sehingga tiada masa dan waktu untuk mengingati Allah Taala walaupun sekejap. Saya sendiri pun kadang kadang leka dan lalai dalam mengerjakan ibadat ini. Jadi mulai hari ini, kita sebagai muslim yang sejati, kita cuba, kita tekadkan azam kita, dan motivasikan diri kita agar kita sentiasa berusaha memperbaiki amalan kita terutamanya solat.
Jangan Malas dalam melakukan tugasan atau kerja yang diberikan. Saya lihat perkara ini seringkali terjadi kepada golongan yang bekerja dan juga pelajar. Bagi yang bekerja di sektor kerajaan, kita sering kali mendengar komen dan juga kritikan kepada mereka ini. Sektor awam tidak cekap, malas menjalankan tugas dan tidak amanah dan sebagainya. Mentaliti malas inilah yang kita mesti hindari apabila kita bekerja nanti. Ini juga adalah hasil daripada amalan dan cara hidup kita semasa kita belajar di Universiti ataupun di kolej kolej dan ia diterjemahkan pula semasa kita bekerja kelak. Bagi mahasiswa, tugasan dan juga asgment dianggap remeh dan ada kalanya terdapat segelintir yang copy and paste asgment kawan kawan lain ataupun daripada internet itu sendiri.
Jadi Sindrom Malas ini begitu hebat yang mana bagi saya ia akan melahirkan bukan sahaja generasi yang pemalas daripada sudut agama, malahan daripada aspek kehidupan dunia. Golongan Mahasiswa pula akan kecetekan idea dan tidak dapat memberikan sesuatu yang berintelektual sama ada dari idea dan pemikiran mereka jika budaya malas ini wujud dalam diri mereka...Malas ini juga suatu barah jika kita tidak segera menanganinya..Segala urusan harian yang kita lakukan akan tergendala dan tidak dapat mencapai matlamat serta objektif yang kita kehendaki.. Ajaran Islam menuntut umatnya supaya menjaga masa dan bersungguh sungguh dalam melakukan pekerjaan. Banyak ayat quran dan hadis yang menyuruh kita mengutamakan aspek kerajinan dalam kehidupan.
Firman Allah Taala yang bermaksud: Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).Ayat di atas menerangkan mengenai sifat malas dalam diri orang munafik. Jadi kalau kita ada sifat malas ini, kita patut mengawalnya dengan penuh mujahadah dan riyada an-nafs yang digariskan oleh Imam Ghazali iaitu mensucikan diri dari sifat mazmumah dan menyemai jiwa kita dengan sifat mahmudah. Kita boleh melakukan dengan cara berperingkat peringkat agar diri kita tidak tertekan untuk mengubahnya..Solat, puasa, zikir dan aktiviti luaran seperti sukan dapat menjadikan fizikal dan rohani kita sihat dan seterusnya dapat mengawal sifat malas ini..
Jadi sama samalah kita mengawal sifat malas kita, bialah kita malas dalam melakukan kemaksiatan tetapi kita rajin dalam melakukan kebaikan..
Di sini saya nukilkan sebuah pantun untuk tatapan pembaca:
Sifat malas mesti dihindarkan,
Sifat Rajin mesti diutamakan,
Itulah kunci kepada kejayaan.
Untuk Cemerlang dalam kehidupan..:)
No comments:
Post a Comment