Saya memilih tajuk ini kerana terdetik di hati saya mengapa kita ini terlalu cepat menghukum. Kadang kadang hal hal yang kita tidak pasti dan ketahui kebenaranya terus kita memberikan kesimpulan yang akan menyebabkan pelbagai fitnah kepada diri kita, keluarga kita dan masyarakat. Sebagai contoh di dalam masyarakat Islam di Malaysia, kita seringkali memandang serong dan negetif kepada golongan yang berpakaian menutup aurat, tetapi tidak Islamic. Berdasarkan kepada pemerhatian saya di UKM khususnya seorang mahasiswa fakulti pengajian islam, sekiranya dia memakai seluar jeans untuk ke masjid, akan dipandang serong oleh rakan rakannya. Ini tidak Islamic,kata rakan rakannya.
Persoalan yang timbul ialah adakah dengan memakai jubah dan kain pelekat sahaja yang wajib untuk mahasiswa fakulti pengajian islam. Jangan terlalu cepat menghukum itu dan ini kepada orang lain. Lagipun dalam konsep menutup aurat yang Islam kepada lelaki ialah di antara pusat dan lutut. Lagipun jikalau kita bekerja sekalipun di dalam agensi kerajaan, kita akan memakai pakaian yang sesuai semasa bekerja walaupun kita memegang jawatan pegawai agama.
Pada pendapat saya, Ajaran Islam itu mudah dan tidak menyusahkan penganutnya. Asalkan kita berpakaian menutup aurat dan kena pada tempatnya, bagi saya itu tidak menjadi masalah. Lagi satu, yang saya paling terkilan apabila terdapat segelintir mahasiswa pengajian islam yang mengeksklusifkan diri mereka daripada bercampur dengan mahasiswa yang lain. Katanya, mereka tidak menutup aurat, buat apa kita nak berkawan dengan mereka. Mereka juga jarang ke surau dan masjid. Malaslah aku nak tegur atau bagi salam pada dia ni, dahlah pakaian tak menutu aurat.
Jangan terlalu cepat menghukum pada golongan sebegini wahai sahabat sahabat sekalian. Kita sendiri tidak mengetahui kita ni mendapat syurga atau sebaliknya di akhirat nanti. Sebalinya kita mengambil peluang yang ada ini untuk mendekati mereka dengan berhikmah. Menasihati mereka dengan bijaksana dan selalu memberi salam kepada golongan sebegini.
Sabda Nabi S.A.W : "Orang orang yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"
Sabda Rasulullah Lagi: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".
Jika kita tidak mendekati golongan sebegini dan berdakwah kepada mereka, siapa lagi wahai sahabat sahabat. Yang muslimat pula jangan terlalu mengadvancekan diri anda dan tidak mahu mendekati kelompok ini. Apabila kita terlalu cepat menghukum, kita seolah olah tidak menepati konsep dakwah Islam yang dibawa oleh baginda S.A.W iaitu berhikmah. Bagi saya, Konsep hikmah dalam konteks dakwah kepada golongan ini ialah bersikap tolak ansur, terbuka dan memahami masalah mereka.Sama samalah kita mengubah mentaliti kita dengan berfikiran terbuka tetapi masih menepati syariat yang indah iaitu ajaran Islam.
Di sini saya nukilkan sebuah pantun ikhlas dari saya:
Jikalau kita masih seronak,
Dengan Islam yang kita cipta,
Bagaimana pula nasib mereka,
Yang inginkan Islam yang sempurna.
P/S: Teringat zaman zaman mase skolah kt pondok kelantan, memang jubah dan kopiah lah pakaian rasmi..Seronok sangat..Bumi UKM bile lg??
No comments:
Post a Comment