Umat Islam selalu dikaitkan dengan kemunduran oleh dunia barat khususnya. Sedar tidak sedar kita sudah lama dipermainkan oleh dunia barat melalui pelbagai cara. Dunia Islam seolah olah terlalu bergantung dengan dunia barat. Hebatnya Barat kerana misalnya dalam sektor ekonomi kita seolah olah tiada jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah dalam kewangan. Apabila Dolar Amerika jatuh menjunam, kita yang menggelar negara kita ini sebagai sebuah negara Islam turut sama terpalit dan turut mengalami kesan yang sama seperti mereka. Dunia Barat ini juga hebat kerana berjaya mengawal keseluruhan dunia Islam yang kaya dengan minyak terutamanya Arab Saudi. Walaupun secara dasarnya Arab Saudi yang kaya dengan minyak itu seolah olah memegang hasil keluaran minyak mereka, tetapi yang mengawal stok dunia ialah Dunia Barat. Jadi di sini,bagaimana kita mahu mengatakan bahawa kita umat yang terhebat kerana realitinya Baratlah yang lebih hebat daripada kita. Dunia barat juga begitu hebat dalam memperdayakan dan menipu umat Islam itu sendiri.
Hebatnya Barat juga kerana berjaya mempengaruhi Umat Islam dalam etika berpakaian. Kebanyakkan fesyen fesyen yang diperkenalkan oleh Dunia Barat seolah olah halal bagi kita. Maksud halal yang saya mahu katakan di sini ialah apabila umat Islam seolah olah menerima fesyen yang tidak menutup aurat itu sebagai etika berpakaian di dalam Islam.
Hebatnya Barat juga kerana berjaya mempengaruhi Umat Islam dalam etika berpakaian. Kebanyakkan fesyen fesyen yang diperkenalkan oleh Dunia Barat seolah olah halal bagi kita. Maksud halal yang saya mahu katakan di sini ialah apabila umat Islam seolah olah menerima fesyen yang tidak menutup aurat itu sebagai etika berpakaian di dalam Islam.
Baru baru ini kita dikejutkan dengan penganjuran Islamic Festival di Monte Carlo yang dilangsungkan pada bulan 8 Ogas 2010. Saya begitu terkilan kerana kebanyakkan model model yang memperagakan fesyen pakaian yang seolah olah Islamic itu sebenarnya tidak mengikut etika menutup aurat di dalam Islam. Hebatnya Barat juga kerana berjaya menjemput pemimpin NO 1 Malaysia dan juga Isterinya untuk merasmikan Majlis tersebut yang sememangnya tidak sepatutnya dinamakan Islamic Festival.
Hebatnya Barat juga kerana berterusan berjaya menipu dan memperdayakan Umat Islam dengan penganjuran festival ini. Saya lihat pemimpin kita tidak peka dengan kperluan menjaga simbol simbol Islam. Lihat sajalah foto ini di mana perkataan Allah dan Muhammad diterbalikkan dan diguna pakai di dada model model yang sememagnya tidak menutup aurat. Hebatnya Barat juga kerana berjaya menjadikan kita terus menerus menyokong agenda agenda tersembunyi mereka di sebalik nama Islamic dan sebagainya. Mereka akan terus menerus menganggap Umat Islam ini memerlukan mereka dalam semua sudut kehidupan hatta dalam berpakaian sekalipun. Adakah kita tidak maju jika tiadanya fesyen fesyen seperti ini??Ingatlah wahai sahabat sahabat bahawa Islam itu sudahpun syumul dan lengkap dan moden dan tidak memerlukan barat untuk menjadi maju.
Hebatnya Barat juga kerana berjaya menjadikan umat Islam semakin leka dengan keselesaan hidup. Contoh yang saya dapat berikan ialah permainan video game dan sukan. Permainan video dan sukan ini kebanyakkannya dipelopori oleh Barat. Bagi saya tidak salah kita bermain game dan bersukan, tetapi biarlah kita dapat menjaga hal hal ibadat kita. Misalnya kalau kita lihat mak dan ayah sekarang ini, mereka terpaksa membeli playstation 2 atau 3 untuk anak anak mereka. Kalau tak dibeli nanti, mereka main game di cybercafe dan menghabiskan masa di situ.
Solat mereka abaikan dan akhirnya mereka seronok dengan keselesaan dunia. Jadi, nak tak nak, mak bapak terpaksa membeli untuk anak anak mereka permainan video tersebut supaya mereka dapat memantau pergerakkan anak anak mereka di rumah. Dan daripada pemerhatian saya anak anak muda kita sekarang kurang kepada pentarbiyahan agama sebaliknya mereka sibuk dengan cinta, wayang dan peralatan teknologi yang canggih sekarang ini. Ini lah di antara kehebatan barat yang mahu saya ketengahkan pada tulisan saya kali ini.
Hebatnya Barat dalam mempermainkan dan menyesatkan umat Islam dalam mencari keselesaan hidup ini. Bagaimana kita mahu melahirkan generasi muda Islam yang hebat jika mereka terlalu dilalaikan dengan keselesaan hidup yang semakin hari semakin membarah dan menjadi penyakit kepada generasi muda Islam pada masa kini. Jikalau kita mahu hebatnya Islam dalam kehidupan kita, semestinya kita segera kembali kepada fitrah kita dalam kehidupan ini iaitu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Sabda Nabi S.A.W mafhumnya: Islam itu tinggi dan tiada lebih tinggi darinya.
Di sini saya nukilkan sebuah pantun daripada hati dan jiwa saya untuk teman teman seperjuangan:
Dunia Barat semakin berani,
Menghina Islam tak henti henti,
Bangkitlah wahai pejuang Ilahi,
Ingatlah bahawa janji Allah itu pasti..:)
Marilah kita bangkit membela,
Agama islam yang tercinta,
Jihad itu mesti dilaksana,
Untuk Kesejahteraan Kita Bersama..:(
P/S: Moga kita digolongkan dari kalangan orang yang inginkan syahid dan syurga Allah Taala
No comments:
Post a Comment