HATI APABILA TIDAK MAHU KEPADA HIKMAH DAN ILMU DALAM TIGA HARI MAKA MATILAH HATI ITU

Friday, October 22, 2010

JaNGaN MalaS

"Jangan Malas"..Ini tajuk yang saya ingin kupas pada kali ini..Kita dapati budaya malas ini semakin menular dalam masyarakat kita. Tidak kira sama ada yang tua, muda hatta golongan profesional juga tidak terkecuali dalam masalah ini. Maksud JanGan Malas yang saya ingin tekankan di sini ialah dalam konteks hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Kita sebagai hamba Allah Taala ini seringkali leka dan alpa dengan keperluan dan tanggungjawab yang kita sebagai hamba kepadanya. Kita kadang kadang begitu sibuk dengan urusan harian kita sehingga kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada Allah Taala. Sebagai Contoh dalam kita melakukan solat fardhu, adakah kita lakukannya dengan khusyuk, tidak ingat selain dari Allah dan kita lakukannya dengan sempurna dari segi rukun dan syarat sahnya dari sudut fiqh ibadatnya. 

Saya kadangkala terfikir adakah kita sedar atau tidak bahawa Solatlah perkara pertama yang Allah akan tanya di akhirat kelak. Jadi kita sepatutnya rajin rajin,bukan malas malas dalam solat..Mungkin kita sedar tapi kita kita terlalu ikutkan nafsu kita..Sebab rohani kita, iman kita, tidak kuat.. Bagaimana kita mahu menjadi pejuang Ilahi dalam menegakkan agama allah jika kita terus masih lagi mempunyai sifat malas yang sebegini.
Jangan Malas dalam kita mengerjakan suruhan Allah Taala dan meninggalkan larangannya.Kita lihat kehidupan kita hari ke hari  semakin jauh dari penghayatan dalam beragama. Bagi yang bekerja, kadang kadang waktu yang ada begitu sibuk sehingga tiada masa dan waktu untuk mengingati Allah Taala walaupun sekejap. Saya sendiri pun kadang kadang leka dan lalai dalam mengerjakan ibadat ini. Jadi mulai hari ini, kita sebagai muslim yang sejati, kita cuba, kita tekadkan azam kita, dan motivasikan diri kita agar kita sentiasa berusaha memperbaiki amalan kita terutamanya solat.

Jangan Malas dalam melakukan tugasan atau kerja yang diberikan. Saya lihat perkara ini seringkali terjadi kepada golongan yang bekerja dan juga pelajar. Bagi yang bekerja di sektor kerajaan, kita sering kali mendengar komen dan juga kritikan kepada mereka ini. Sektor awam tidak cekap, malas menjalankan tugas dan tidak amanah dan sebagainya. Mentaliti malas inilah yang kita mesti hindari apabila kita bekerja nanti. Ini juga adalah hasil daripada amalan dan cara hidup kita semasa kita belajar di Universiti ataupun di kolej kolej dan ia diterjemahkan pula semasa kita bekerja kelak. Bagi mahasiswa, tugasan dan juga asgment dianggap remeh dan ada kalanya terdapat segelintir yang copy and paste asgment kawan kawan lain ataupun daripada internet itu sendiri. 

Jadi Sindrom Malas ini begitu hebat yang mana bagi saya ia akan melahirkan bukan sahaja generasi yang pemalas daripada sudut agama, malahan daripada aspek kehidupan dunia. Golongan Mahasiswa pula akan kecetekan idea dan tidak dapat memberikan sesuatu yang berintelektual sama ada dari idea dan pemikiran mereka jika budaya malas ini wujud dalam diri mereka...Malas ini juga suatu barah jika kita tidak segera menanganinya..Segala urusan harian yang kita lakukan akan tergendala dan tidak dapat mencapai matlamat serta objektif yang kita kehendaki.. Ajaran Islam menuntut umatnya supaya menjaga masa dan bersungguh sungguh dalam melakukan pekerjaan. Banyak ayat quran dan hadis yang menyuruh kita mengutamakan aspek kerajinan dalam kehidupan.
Firman Allah Taala yang bermaksud: Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Ayat di atas menerangkan mengenai sifat malas dalam diri orang munafik. Jadi kalau kita ada sifat malas ini, kita patut mengawalnya dengan penuh mujahadah dan riyada an-nafs yang digariskan oleh Imam Ghazali iaitu mensucikan diri dari sifat mazmumah dan menyemai jiwa kita dengan sifat mahmudah. Kita boleh melakukan dengan cara berperingkat peringkat agar diri kita tidak tertekan untuk mengubahnya..Solat, puasa, zikir dan aktiviti luaran seperti sukan dapat menjadikan fizikal dan rohani kita sihat dan seterusnya dapat mengawal sifat malas ini..

Jadi sama samalah kita mengawal sifat malas kita, bialah kita malas dalam melakukan kemaksiatan tetapi kita rajin dalam melakukan kebaikan..
Di sini saya nukilkan sebuah pantun untuk tatapan pembaca:

Sifat malas mesti dihindarkan,
Sifat Rajin mesti diutamakan,
Itulah kunci kepada kejayaan.
Untuk Cemerlang dalam kehidupan..:)

Thursday, October 21, 2010

Kita Masih Beruntung

Tujuan saya menulis tajuk ini kerana terdetik di hati saya mengatakan bahawa saya begitu bertuah tinggal di nagara Malaysia. Saya sering mendengar komen dan pendapat kawan kawan saya mengenai Negara Malaysia, Mereka mengatakan Malaysia ini sekular, pendidikannya sekular dan undang undangnya pun lebih kepada undang undang sivil. Saya tidak membantah pendapat mereka kerana saya suka mendengar mereka mengeluarkan hujah yang kadang kala memberi kesan kepada kita yang mendengarnya. Tetapi di sebalik kata kata mereka itu, apakah mereka tahu mengenai sejarah sekular? Di mana ia bermula? Siapa yang memulakannnya dan sebagainya. Kalau kita imbas kembali sejarah sekular, bagi saya ia bermula di Turki dan yang mensekularkan negara tersebut ialah Mustafa Kamal Attartuk. Syaitan ini telah menjatuhkan kerajaan Islam Utmaniyyah di Turki di mana segala syariat Islam tidak boleh lagi diamalkan hatta azan sekalipun ditukarkan ke dalam bahasa turki.  
Kita juga mengetahui bagaimana Mustafa kamal Attartuk telah menjadikan masjid masjid sebagai muzium dan juga telah memansuhkan sistem dan hukum Islam daripada perundangan negara Turki serta menjadikan undang undang barat yang tertinggi di Turki pada waktu itu. 
Syaitan ini juga telah melarang orang ramai daripada pergi ke masjid untuk berjemaah. Syaitan ini juga telah menggalakkan orang ramai minum arak secara terbuka dan menggalakkan percampuran di antara lelaki dan perempuan.

Syaitan ini menghapuskan sistem wakaf serta membiarkan anak anak yatim dan fakir miskin merempat di sana sini. Malahan perkahwinan berdaftar secara Islam juga ditukarkan kepada perkahwinan secara barat. Syaitan ini  telah menghapuskan penggunaan sistem kalender Islam serta menghapuskan institusi agama di Turki. Saya memberikan gambaran ini kerana Malaysia negara tercinta kita ini masih lagi terkawal dan  terjaga.

Mustafa Kemal Ataturk Kita masih lagi beruntung di negara kita ini. Saya masih terfikir fikir kenapa kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Bukanlah saya menggalakkan sistem sekular tetapi saya sering kali mendengar pandangan kita terutamanya mengenai sekular ini yang dilemparkan kepada kerajaan Malaysia. Yang mana seolah olah langsung tiada kebaikan yang kerajaan kita lakukan. Okla,saya tahu saya tidak dapat mengubah mentaliti kalian semua tetapi pernahkah kita terfikir bahawa kita ini masih lagi beruntung jika dibandingkan dengan negara negara Islam yang lain. Di Malaysia, kita boleh mengerjakan solat berjemaah dan melakukan aktiviti keagamaan di masjid dan menghadiri forum forum berbentuk keagamaan. Bayangkan bagaimana jika kita hidup di zaman kamal attartuk itu, sudah tentu kita tidak dapat merasai semua ini.

Kita masih lagi beruntung kerana di Malaysia kita mempunyai badan badan keagamaan seperti Yadim, Majlis Ugama, Jabatan Agama, dan Mufti yang dilantik bagi memantau perkembangan agama Islam di Malaysia. Kalau kita hidup di negara lain ataupun di Turki yang telah disekularkan oleh Kamal Attartuk itu, kita tidak akan merasai semua ini. Saya sebagai Rakyat Malaysia sangat bersyukur kerana kita masih lagi boleh melakukan ibadat dan hal hal keagaman dengan baik dan sempurna malahan negara kita juga sedang membangunkan modal insan yang hebat daripada sudut sahsiah dan agamanya. 

Kita masih lagi beruntung kerana kita masih lagi boleh merujuk kepada ulamak dan ustaz dalam sesuatu permasalahan agama yang kita tidak fahami. Kita juga mempunyai sumber rujukan di peringkat kebangsaan iaitu Majlis Fatwa Negara dan Negeri serta golongan agama yang profosional di Malaysia apabila timbul isu isu yang membabitkan sensitiviti agama. Pelajar di peringkat rendah dan menengah juga didedahkan dengan ilmu agama Islam secara teori dan praktikal. Bagi saya, jika kita asyik menghentam dan berkelahi mengenai isu ini, kita sebagai umat Islam dan bangsa melayu tidak akan ke mana mana. 

Mungkin sahabat sahabat merasakan saya lebih kepada kerajaan akan tetapi saya melihat perkara ini daripada sudut pandangan yang berbeza. Yang pertama, kenapa kita asyik menyalahkan Kerajaan tetapi bila kerajaan menganjurkan program keagamaan, kita tidak ikut serta untuk menyokongnya. Tetapi kita sibuk menghentam dan mencari kesalahan yang kita sendiri pun tidak mempunyai jalan penyelesaiannya. Semua yang saya tulis di dalam blog saya ini merupakan luahan dari isi hati saya kerana kita tidak tahu menghargai apa yang kita miliki sekarang.

Kita masih beruntung kerana institusi zakat kita masih lagi bergerak dan memainkan peranan dalam membangunkan ekonomi dan taraf hidup masyararakat kita di Malaysia khususnya. Saya pernah praktikal di Majlis Ugama Dan Adat Resam Melayu Pahang, jadi saya dapati institusi zakat di situ begitu hebat peranannya dalam masyarakat. Jikalau di negara lain, saya rasa kita tidak akan dapat merasai suasana masyarakat Islam itu sendiri di mana kita masih lagi boleh mengeluarkan pendapat, menyertai program agama dan sebagainya. Dan yang paling saya bangga menjadi rakyat Malaysia ialah apabila timbul Isu yang menyentuh sensitiviti agama seperti penggunaan kalimah Allah, kita dapat menagkisnya dengan baik dan dapat menjaga keharmonian kita beragama.



                                                                                                      
Di sini saya nukilkan pantun daripada jiwa saya:
Marilah kita sama sama mensyukuri,
Nikmat yang Allah telah beri,
Hidup ini mesti tahu menghargai,
Agar kita tidak menyesal di kemudian hari..:(

P/S: Teringin melihat hukum hudud dan qisas dilaksanakan di Malaysia..Alangkah bahagianya








Wednesday, October 20, 2010

JaNGaN TeRLaLu CePaT MeNGHuKuM

Saya memilih tajuk ini kerana terdetik di hati saya mengapa kita ini terlalu cepat menghukum. Kadang kadang hal hal yang kita tidak pasti dan ketahui kebenaranya terus kita memberikan kesimpulan yang akan menyebabkan pelbagai fitnah kepada diri kita, keluarga kita dan masyarakat. Sebagai contoh di dalam masyarakat Islam di Malaysia, kita seringkali memandang serong dan negetif kepada golongan yang berpakaian menutup aurat, tetapi tidak Islamic. Berdasarkan kepada pemerhatian saya di UKM khususnya seorang mahasiswa fakulti pengajian islam, sekiranya dia memakai seluar jeans untuk ke masjid, akan dipandang serong oleh rakan rakannya. Ini tidak Islamic,kata rakan rakannya. 


Persoalan yang timbul ialah adakah dengan memakai jubah dan kain pelekat sahaja yang wajib untuk mahasiswa fakulti pengajian islam. Jangan terlalu cepat menghukum itu dan ini kepada orang lain. Lagipun dalam konsep menutup aurat yang Islam kepada lelaki  ialah di antara pusat dan lutut. Lagipun jikalau kita bekerja sekalipun di dalam agensi kerajaan, kita akan memakai pakaian yang sesuai semasa bekerja walaupun kita memegang jawatan pegawai agama. 

Pada pendapat saya, Ajaran Islam itu mudah dan tidak menyusahkan penganutnya. Asalkan kita berpakaian menutup aurat dan kena pada tempatnya, bagi saya itu tidak menjadi masalah. Lagi satu, yang saya paling terkilan apabila terdapat segelintir mahasiswa pengajian islam yang mengeksklusifkan diri mereka daripada bercampur dengan mahasiswa yang lain. Katanya, mereka tidak menutup aurat, buat apa kita nak berkawan dengan mereka. Mereka juga jarang ke surau dan masjid. Malaslah aku nak tegur atau bagi salam pada dia ni, dahlah pakaian tak menutu aurat. 

Jangan terlalu cepat menghukum pada golongan sebegini wahai sahabat sahabat sekalian. Kita sendiri tidak mengetahui kita ni mendapat syurga atau sebaliknya di akhirat nanti. Sebalinya kita mengambil peluang yang ada ini untuk mendekati mereka dengan berhikmah. Menasihati mereka dengan bijaksana dan selalu memberi salam kepada golongan sebegini.

Sabda Nabi S.A.W : "Orang orang yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"

Sabda Rasulullah Lagi: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

Jika kita tidak mendekati golongan sebegini dan berdakwah kepada mereka, siapa lagi wahai sahabat sahabat. Yang muslimat pula jangan terlalu mengadvancekan diri anda dan tidak mahu mendekati kelompok ini. Apabila kita terlalu cepat menghukum, kita seolah olah tidak menepati konsep dakwah Islam yang dibawa oleh baginda S.A.W iaitu berhikmah. Bagi saya, Konsep hikmah dalam konteks dakwah kepada golongan ini ialah bersikap tolak ansur, terbuka dan memahami masalah mereka.Sama samalah kita mengubah mentaliti kita dengan berfikiran terbuka tetapi masih menepati syariat yang indah iaitu ajaran Islam. 

Di sini saya nukilkan sebuah pantun ikhlas dari saya: 
Jikalau kita masih seronak,
Dengan Islam yang kita cipta,
Bagaimana pula nasib mereka,
Yang inginkan Islam yang sempurna.

P/S: Teringat zaman zaman mase skolah kt pondok kelantan, memang jubah dan kopiah lah pakaian rasmi..Seronok sangat..Bumi UKM bile lg??

HeBaTNya BaRat

Umat Islam selalu dikaitkan dengan kemunduran oleh dunia barat khususnya. Sedar tidak sedar kita sudah lama dipermainkan oleh dunia barat melalui pelbagai cara. Dunia Islam seolah olah terlalu bergantung dengan dunia barat. Hebatnya Barat kerana misalnya dalam sektor ekonomi kita seolah olah tiada jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah dalam kewangan. Apabila Dolar Amerika jatuh menjunam, kita yang menggelar negara kita ini sebagai sebuah negara Islam turut sama terpalit dan turut mengalami kesan yang sama seperti mereka. Dunia Barat ini juga hebat kerana berjaya mengawal keseluruhan dunia Islam yang kaya dengan minyak terutamanya Arab Saudi. Walaupun secara dasarnya Arab Saudi yang kaya dengan minyak itu seolah olah memegang hasil keluaran minyak mereka, tetapi yang mengawal stok dunia ialah Dunia Barat. Jadi di sini,bagaimana kita mahu mengatakan bahawa kita umat yang terhebat kerana realitinya Baratlah yang lebih hebat daripada kita. Dunia barat juga begitu hebat dalam memperdayakan dan menipu umat Islam itu sendiri.

Hebatnya Barat juga kerana  berjaya mempengaruhi Umat Islam dalam etika berpakaian. Kebanyakkan fesyen fesyen yang diperkenalkan oleh Dunia Barat seolah olah halal bagi kita. Maksud halal yang saya mahu katakan di sini ialah apabila umat Islam seolah olah menerima fesyen yang tidak menutup aurat itu sebagai etika berpakaian di dalam Islam.
















Baru baru ini kita dikejutkan dengan penganjuran Islamic Festival di Monte Carlo yang dilangsungkan pada bulan 8 Ogas 2010. Saya begitu terkilan kerana kebanyakkan model model yang memperagakan fesyen pakaian yang seolah olah Islamic itu sebenarnya tidak mengikut etika menutup aurat di dalam Islam. Hebatnya Barat juga kerana berjaya menjemput pemimpin NO 1 Malaysia dan juga Isterinya untuk merasmikan Majlis tersebut yang sememangnya tidak sepatutnya dinamakan Islamic Festival.  

Hebatnya Barat juga kerana berterusan berjaya menipu dan memperdayakan Umat Islam dengan penganjuran festival ini. Saya lihat pemimpin kita tidak peka dengan kperluan menjaga simbol simbol Islam. Lihat sajalah foto ini di mana perkataan Allah dan Muhammad diterbalikkan dan diguna pakai di dada model model yang sememagnya tidak menutup aurat. Hebatnya Barat juga kerana berjaya menjadikan kita terus menerus menyokong agenda agenda tersembunyi mereka di sebalik nama Islamic dan sebagainya. Mereka akan terus menerus menganggap Umat Islam ini memerlukan mereka dalam semua sudut kehidupan hatta dalam berpakaian sekalipun. Adakah kita tidak maju jika tiadanya fesyen fesyen seperti ini??Ingatlah wahai sahabat sahabat bahawa Islam itu sudahpun syumul dan lengkap dan moden dan tidak memerlukan barat untuk menjadi maju.

Hebatnya Barat juga kerana berjaya menjadikan umat Islam semakin leka dengan keselesaan hidup. Contoh yang saya dapat berikan ialah permainan video game dan sukan. Permainan video dan sukan ini kebanyakkannya dipelopori oleh Barat. Bagi saya tidak salah kita bermain game dan bersukan, tetapi biarlah kita dapat menjaga hal hal ibadat kita. Misalnya kalau kita lihat mak dan ayah sekarang ini, mereka terpaksa membeli playstation 2 atau 3 untuk anak anak mereka. Kalau tak dibeli nanti, mereka main game di cybercafe dan menghabiskan masa di situ.

Solat mereka abaikan dan akhirnya mereka seronok dengan keselesaan dunia. Jadi, nak tak nak, mak bapak terpaksa membeli untuk anak anak mereka permainan video tersebut supaya mereka dapat memantau pergerakkan anak anak mereka di rumah. Dan daripada pemerhatian saya anak anak muda kita sekarang kurang kepada pentarbiyahan agama sebaliknya mereka sibuk dengan cinta, wayang dan peralatan teknologi yang canggih sekarang ini. Ini lah di antara kehebatan barat yang mahu saya ketengahkan pada tulisan saya kali ini.  

Hebatnya Barat dalam mempermainkan dan menyesatkan umat Islam dalam mencari keselesaan hidup ini. Bagaimana kita mahu melahirkan generasi muda Islam yang hebat jika mereka terlalu dilalaikan dengan keselesaan hidup yang semakin hari semakin membarah dan menjadi penyakit kepada generasi muda Islam pada masa kini. Jikalau kita mahu hebatnya Islam dalam kehidupan kita, semestinya kita segera kembali kepada fitrah kita dalam kehidupan ini iaitu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Sabda Nabi S.A.W mafhumnya: Islam itu tinggi dan  tiada lebih tinggi darinya.

Di sini saya nukilkan sebuah pantun daripada hati dan jiwa saya untuk teman teman seperjuangan:

Dunia Barat semakin berani,
Menghina Islam tak henti henti,
Bangkitlah wahai pejuang Ilahi,
Ingatlah bahawa janji Allah itu pasti..:)

Marilah kita bangkit membela,
Agama islam yang tercinta,
Jihad itu mesti dilaksana,
Untuk Kesejahteraan Kita Bersama..:(

P/S: Moga kita digolongkan dari kalangan orang yang inginkan syahid dan syurga Allah Taala